Subuh
5:34
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:21
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Kemalangan jalan raya libat kenderaan berat berkurangan sejak 2018

Nov 04, 2021 | 05:30 AM



KEMALANGAN jalan raya yang melibatkan kenderaan berat semakin berkurangan sejak 2018.



Sebanyak 776 kemalangan yang dilaporkan pada 2018, 690 pada 2019, 426 tahun lalu dan 268 kemalangan tahun ini hingga Jun, menurut Menteri Negara (Ehwal Dalam Negeri merangkap Pembangunan Negara), Profesor Madya Muhammad Faishal Ibrahim.



Beliau memberi respons terhadap pertanyaan Encik Melvin Yong (Radin Mas) mengenai perangkaan tersebut di Parlimen semalam termasuk jumlah kemalangan yang melibatkan lori yang membawa pekerja dan langkah yang akan diambil Kementerian Ehwal Dalam Negeri (MHA) untuk memastikan keselamatan jalan raya yang lebih baik.



Menurut Dr Faishal, dalam melaporkan kemalangan Polis Trafik tidak merekodkan jumlah kenderaan yang membawa pekerja.



Untuk mempertingkat keselamatan jalan raya, Polis Trafik mendekati dan mendidik pemandu dan memastikan penguatkuasaan tindakan yang tegas terhadap pemandu yang tidak bertanggungjawab, tambahnya.



Memberikan statistik pelanggaran undang-undang jalan raya yang melibatkan kenderaan berat, Dr Faishal berkata sebanyak 19,004 insiden telah direkodkan pada 2018, 19,449 pada 2019 dan 13,900 tahun lalu, dan 5,286 tahun ini hingga Jun.



Tiga kesalahan utama pemandu kenderaan berat adalah memandu dengan laju, melanggar lampu merah dan memandu sambil lewa.



"(Polis Trafik) kerap mengadakan sesi taklimat keselamatan jalan raya untuk melengkapkan pemandu kenderaan berat dengan pengetahuan tentang amalan memandu yang selamat, mereka juga mengadakan sesi dialog dengan industri dan pihak berkepentingan utama," kata Dr Faishal.



Tambahnya, Polis Trafik juga bekerjasama dengan agensi pemerintah lain seperti Kementerian Tenaga Manusia untuk membangunkan teknologi yang boleh mencegah perbuatan memandu dengan laju dan menjamin keselamatan jalan raya.



Ini termasuk Sistem Bantuan Pemandu Lanjutan, yang membantu meningkatkan kesedaran situasi pemandu dan memberi mereka amaran tentang risiko pelanggaran.



Encik Yong bertanya sama ada MHA akan mempertimbang langkah untuk melengkapkan semua lori dengan alat pengehad kelajuan, serta menyediakan pengangkutan khusus untuk semua pekerja.



Dr Faishal berkata pemerintah akan mempertimbang saranan tersebut.



Kata Encik Yong: "Majikan meletakkan nyawa pekerja mereka dalam bahaya apabila meletakkan pekerja di belakang lori, terutama sekali apabila sesetengah pemandu lori ini mempunyai kecenderungan untuk membawa dengan laju.



"Mungkin jumlah kemalangan yang rendah di jalan raya hanya disebabkan oleh nasib yang baik."




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >