Subuh
5:34
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:21
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Kemasukan ke ITE dan Politeknik bagi Tahun Akademik 2022 dibuka bulan ini dan Jun

May 08, 2021 | 05:30 AM



PROSES Kemasukan Awal 2021 (EAE) ke Institut Pendidikan Teknikal (ITE) dan Politeknik pada Tahun Akademik 2022 akan dibuka bagi permohonan pada bulan ini dan Jun 2021.



Seperti tahun lalu, institusi akan melakukan pemilihan EAE sebahagian besarnya melalui kaedah elektronik untuk memastikan keselamatan dan kesejahteraan pemohon dan kakitangan EAE di tengah-tengah situasi Covid-19.



Bagi beberapa kursus, pemilihan di kampus mungkin masih perlu diteruskan kerana proses pemilihan untuk kursus-kursus ini tidak dapat dilaksanakan secara jarak jauh, menurut kenyataan Kementerian Pendidikan (MOE) semalam.



Walaupun demikian, langkah-langkah pengurusan yang selamat akan dilaksanakan untuk semua pemohon yang dikehendaki datang ke kampus.



Institusi pendidikan akan terus memantau keadaan Covid-19 peringkat nasional dan akan memudahkan pemilihan di kampus untuk lebih banyak kursus, jika keadaan memungkinkan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >