Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Kematian anggota NS: Mahkamah Tinggi perjelas sebab saman ditolak

NS
Jun 29, 2016 | 08:54 AM



MAHKAMAH Tinggi telah menjelaskan mengapa ia menolak tuntutan mahkamah yang diuat terhadap Angkatan Bersenjata Singapura (SAF) bagi kematian anggota Perkhidmatan Negara (NS) Dominique Sarron Lee, dengan berkata ia "tiada harapan kuat akan berjaya".



Keluarga prebet berusia 21 tahun itu cuba menyaman SAF bagi melanggar kontrak perkhidmatan dan dua pegawainya bagi kecuaian selepas mendiang mengalami reaksi alahan maut daripada wasap dari bom asap yang digunakan semasa satu latihan ketenteraan pada 2012.



Kes itu ditolak Mac lalu.



Dalam alasan bertulis yang dikeluarkan pada Selasa (28 Jun), Pesuruhjaya Kehakiman Kannan Ramesh menerima hujah defendan, yang bergantung pada peruntukan dalam Akta Prosiding Pemerintah yang melindungi mereka daripada disaman kerana kecuaian yang menyebabkan kematian dan kecederaan jika perbuatan itu sah berpunca daripada perkhidmatan mereka.



Hakim Ramesh berkata imuniti serupa itu meletak ke atas SAF dan para pegawainya "beban moral lebih berat" dalam memastikan penjagaan penuh orang di bawah jagaan mereka.



"Saya yakin sepenuhnya bahawa SAF dan semua orang yang menguasainya mengiktiraf sepenuhnya beban berat itu dan melakukan yang terbaik untuk melaksananya dengan bersungguh-sungguh," tulis beliau.



"Bagaimanapun, sekalipun dengan niat paling baik dan perancangan berhati-hati dan teliti, kesilapan boleh dan malangnya kadang-kadang berlaku."



Menyifatkan keadaan kes itu "sudah pasti menyedihkan", beliau menambah: "Saya sedar akan derita, kesakitan dan kesedihan yang ini menyebabkan ke atas keluarga Encik Lee dan semua orang yang menghargainya."



Tetapi beliau menegaskan kes itu juga berkenaan keupayaan SAF dan para pegawainya "melindungi negara kita dan keselamatannya" tanpa "dibebankan" oleh liabiliti sivil. "Menjadi tanggungjawab mahkamah melaksana tujuan di sebalik perundangan," katanya.



Mahkamah memutuskan pada Mac bahawa keluarga Pte Lee perlu membayar kos $22,000 kepada ketiga-tiga defendan, yang Hakim Ramesh ulangi pada Selasa adalah "munasabah".



Kementerian Pertahanan dan dua pegawai itu - Kapten Najib Hanuk Muhamad Jalal dan Kapten Chia Thye Siong - telah melepaskan hak mereka ke atas kos tersebut.



SAF mendedahkan pada Mac dua pegawai itu telah didapati bersalah atas kecuaian dalam perbicaraan ringkasan pada 2013, walaupun Siasatan Koroner dan Jawatankuasa Siasatan bebas tidak mendapati mereka "bertanggungjawab secara langsung" bagi kematian Pte Lee.



Ia juga berkata "tindakan pentadbiran dan tatatertib" telah diambil terhadap mereka, tetapi tidak jelas apa hukuman dijatuhkan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >