Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Kematian mendiang Lee Kuan Yew detik Twitter paling menonjol di Singapura

Mar 21, 2016 | 02:38 PM



PEMERGIAN Perdana Menteri Pengasas Lee Kuan Yew detik Twitter paling ikonik di Singapura sepanjang 10 tahun lalu.



Platform media sosial itu menyambut ulang tahunnya ke-10 pada Isnin (21 Mac) dengan memaparkan detik paling menonjol dalam 10 pasarannya di seluruh Asia Pasifik.



Di Jepun, gempa bumi yang melanda Tohoku - dan tsunami yang menyusuli - pada Mac 2011 detik paling menonjol, dengan Twitter digunakan sebagai alat komunikasi utama untuk menyediakan laporan secara langsung, menyebarkan maklumat kritikal dan menyelaras usaha bantuan tempatan.



Detik paling ikonik di India dan Korea Selatan masing-masing ialah insiden seorang wanita berusia 23 tahun dirogol sekumpulan lelaki di New Delhi dan tragedi feri Sewol pada April 2014.



Kemenangan calon promedia sosial Joko Widodo dalam pilihan raya presiden Indonesia 2014 menyaksikan lebih 95 juta tweet berkaitan pilihan raya itu, manakala hashtag #illridewithyou yang digunakan di Australia menjadi contoh kuat tentang media sosial mengambil pendirian menentang sentimen anti-Muslim berikut krisis tebusan Sydney pada Disember 2014.



Twitter berkata kematian mendiang Encik Lee pada 23 Mac tahun lalu mencetuskan respons agak besar.



Kira-kira 1.2 juta tweet dihantar bagi memberi sokongan kepada keluarga mendiang, melahirkan kesedihan dan mengenang pencapaian beliau.



Dalam blog postnya, Twitter mengucapkan terima kasih kepada pengguna sejak 10 tahun lalu: "Terima kasih kerana membuat sejarah, memacu perubahan, menyokong satu sama lain dan ketawa bersama-sama setiap hari"



Ia juga mendedahkan beberapa statistik menarik - penyanyi Katy Perry personaliti Twitter paling diikuti dengan 84 juta pengikut, bintang pop Justin Bieber orang paling banyak disebut (943 juta) dan selfi Oscars hos Ellen DeGeneres memegang rekod sebagai tweet paling banyak ditweet semula (3.3 juta).




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >