SEORANG lelaki yang menyebabkan kematian pasangan yang menunggang motosikal semasa memandu bas mini rakannya dijatuhi hukuman penjara lapan minggu dan dilarang memandu selama lima tahun semalam.
Nigel John Retnam, 22 tahun, merupakan anggota Perkhidmatan Negara (NS) sepenuh masa semasa dia menyebabkan kematian Encik Wong Sang Min, 63 tahun, dan isterinya, Cik Ng Soo Kiew, 60 tahun, di Yishun Avenue 2 berhampiran stesen MRT Khatib pada 19 Julai tahun lalu.