Kematian pelajar dek terlebih ambil pil berat badan kejadian malang: Koroner

SEORANG pelajar berusia 22 tahun dari China yang menggunakan terlebih pil kurangkan berat badan rebah semasa menyanyi di K-Box di Cathay Cineleisure dan meninggal dunia di hospital tidak lama kemudian.

Cik Huang Guo, yang setinggi 1.54 meter dan seberat 54 kilometer, dengan indeks jisim badan (BMI) 22.8, dipercayai membeli kebanyakan preskripsi itu daripada laman web sebuah klinik dan sebuah hospital di Thailand tanpa arahan dos.

A BMI 22.8 dianggap sihat.

Pada Rabu (31 Mei), Koroner Negara Marvin Bay mendapati kematian beliau Jun lalu sebagai satu kejadian malang.

"Pemergian sedih Cik Huang menekankan bahaya menjalani rejim pengurangan berat badan berasaskan dadah tanpa perundingan, sokongan dan penyeliaan seorang pengamal perubatan berkelayakan," kata beliau.

"Rejim pengurangan berat badan harus diikuti hanya selepas penilaian klinikal terlebih dahulu dan komitmen mengikuti langkah susulan sepanjang tempoh rejim itu."

Darah Cik Huang mempunyai kira-kira lapan kali lebih tinggi had rawatan bagi Phentermine, ubat perangsang yang digunakan untuk pengurangan berat badan jangka pendek.

Jumlah Fluoxetine, ubat antikemurungan yang kadang-kadang diberi di luar preskripsi biasanya bagi menurunkan berat badan sebagai kesan sampingan, pula enam setengah kali lebih tinggi daripada had terapeutiknya.

Seorang pakar patologi forensik mengesahkan punca kematian Cik Huang ialah keracunan akut daripada kedua-dua ubat itu.

Cik Huang rebah kira-kira 11.50 malam pada 27 Jun dan dua rakannya menghubungi ambulans. Bantuan pernafasan dilakukan dalam perjalanan ke hospital, tetapi beliau disahkan meninggal dunia pada kira-kira 2 pagi.

Seorang penyiasat polis menemui 41 paket ubat dalam bilik tidur Cik Huang. Ia mengandungi hampir 400 biji pil kira-kira 10 ubat berbeza.

Ada daripada pil itu bagi menurunkan berat badan, manakala yang lain untuk menangani kesan sampingan pil tersebut.

Berdasarkan label pada beg plastik dan maklumat pembungkusan, kebanyakan pil itu mungkin datang daripada sebuah klinik dan sebuah hospital di Thailand.

Cik Huang menerima bungkusan SingPost dari Thailand pada 9 Mei tahun lalu, dengan kandungannya disenaraikan sebagai 'Vitamin'.

Waktu Solat

Subuh
5:34
Syuruk
6:58
Zuhur
1:00
Asar
4:24
Maghrib
7:01
Isyak
8:16
3 HR PSI: 56
27°/ 24 °
Tuesday - Thundery showers mainly over northern and eastern Singapore in the afternoon.
Wednesday - Late morning and early afternoon thundery showers.
Thursday - Afternoon thundery showers.