Subuh
5:42
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:20
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Kematian pelajar Spectra bukan disebabkan aksi parkour

Apr 07, 2016 | 10:38 AM



TIDAK ada bukti bahawa seorang pelajar perempuan yang meninggal dunia selepas jatuh dari tingkat empat di Sekolah Menengah Spectra Oktober lalu, sedang cuba melakukan aksi parkour, walaupun ini disebut-sebut di media sosial, kata koroner pada Rabu (6 Apr).



Allahyarham Shina Adriana Hendricks Jones, 14 tahun, sebaliknya secara sukarela menerima cabaran agar memanjat tembok, tetapi dia hilang imbangan dan jatuh.



Koroner Negara, Encik Marvin Bay, mendapati kejatuhan beliau "tidak sengaja sepenuhnya" dan kematiannya sebagai "nasib malang sedih".



"Desas-desus mengenai parkour, ejekan, buli atau dicabar supaya melakukan aksi berbahaya tidak dibuktikan oleh siasatan seterusnya," katanya.



"Ini boleh dikaitkan dengan kuasa berleluasa dan membingungkan Internet, dan media sosial khususnya, untuk menyebarkan meme, dan mengembangkan kisah yang tidak semestinya menhikut kenyataan, dan seterusnya membentuk tanggapan yang diwarnai atau diputar belit."



Siasatan koroner mendengar bahawa pada pagi 20 Oktober tahun lalu, Allahyarhamha dan rakan sekolahnya menonton filem di bilik di tingkat empat daripada menjalani pendidikan jasmani kerana keadaan berjerebu. Pada kira-kira 9.10, mereka berehat.



Sekumpulan pelajar lelaki, yang melihat seorang rakan sekelas meregangkan kaki kirinya pada pagar di koridor berhampiran tandas, secara berseloroh mencabarnya supaya berdiri di atas tembok di sisi pagar itu.



Apabila tertekan, dia menjawab: "Kau semua cakap banyak, kau semua buatlah."



Komen itu tidak ditujukan kepada sesiapa secara khusus, tetapi Allahyarhamha, yang berdiri di belakang kumpulan itu, tampil dan memberitahu rakan sekelasnya itu bahawa dia boleh melakukannya.



Allahyarhamha, yang setinggi 1.54m dan seberat 53 kg, memanjat pagar setinggi 1.13m itu dan turun ke atas tembok. Bagaimanapun, dia hilang imbangan dan jatuh kira-kira 12m ke tanah.



Allahyarhamha dikejarkan Hospital Puat Khoo Teck dan kemudian dipindahkan ke Hospital Wanita dan Kanak-Kanak KK tetapi meninggal dunia sekitar tengah malam.



Dua kawan sekolah yang rapat dengan Allahyarhamha memberitahu pegawai penyiasat dia bukan seorang yang mudah dibuli dan akan melawan jika dibuli.



Mereka juga berkata Allahyarhamha tidak pernah berkata berminat pada parkour - sukan nekad di mana seseorang melompat dari satu tempat ke tempat lain secepat mungkin meggunakan pergerakan seperti memanjat dan melompat melintasi halangan.



Mahkamah diberitahu bahawa sebuah gambar Allahyarham duduk di atas belebas sebuah bangunan, yang dia siarkan di laman Facebooknya, mungkin mencetuskan gambaran dia berminat pada parkour. Gambar itu dikongsi ramai orang dalam talian, menyebabkan Allahyarham berasa kecewa dan menghentikan akaun Facebooknya.



Bapa Allahyarham, Encik Andrew James Hendricks Jones, tenang di mahkamah, tetapi selepas koroner menyampaikan keputusannya, beliau menangis teresak-esak.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >