BANGGA dapat berbaris semula di Perbarisan Hari Kebangsaan (NDP) walaupun sudah lama bersara daripada perkhidmatan.
Berseragam seperti masa bertugas dahulu, Pegawai Waran Pertama (1WO) Mohd Saleh Amir Khan Surattee, 77 tahun, daripada Angkatan Bersenjata Singapura (SAF) dan Pegawai Waran (WO) Yunnos Shariff, 71 tahun, daripada Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF) gembira dapat menyertai segmen perbarisan masa lalu di Padang.