CALON Parti Tindakan Rakyat (PAP), Cik Halimah Yacob, mempertahankan kedudukannya di Parlimen selepas satu peristiwa sedih melanda hidupnya semalam.
Cik Halimah, yang kehilangan ibunya awal pagi semalam, bercakap kepada media setelah memberikan ucapan terima kasih kepada para penyokong dan pengundi yang memilih beliau dan pasukannya memenangi pilihan raya di GRC MarsilingYew Tee.