Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Kementerian tidak setuju kisah tertentu dalam buku Subhas

Sep 30, 2015 | 12:36 PM



KEMENTERIAN Undang-Undang berkata ada kisah dalam sebuah buku baru oleh peguam jenayah Subhas Anandan, yang dikeluarkan selepas kematian beliau, berbeza "agak ketara" daripada versi pegawai undang-undang dan pemerintah yang beliau kisahkan dalam buku itu.


Mendiang Anandan, yang meninggal dunia pada Januari pada usia 67 tahun, mengimlakkan buku bertajuk It's Easy To Cry (Mudah Untuk Menangis) itu semasa menjalani rawatan dialisis ginjal tahun lepas.


Tiga bab menonjol kerana mengandungi pendapat beliau mengenai ketua hakim, peguam negara dan hakim Singapura.


Antara lain, beliau mempersoal langkah mendakwa dua kakitangan awam berprofil tinggi bagi perbuatan rasuah dan mencadangkan mereka seharusnya ditangani oleh proses disiplin dalaman, daripada "saling mencemar dan menuduh di Mahkamah".


Seorang daripada mereka dibebaskan sementara seorang lagi didapati bersalah.


Mengenai satu lagi kes berprofil tinggi, mendiang Anandan berkata "kebanyakan orang" berasa profesor undang-undang yang didakwa dan kemudian dibebaskan daripada tuduhan menerima rasuah daripada seorang pelajar sepatutnya dipecat atau "paling teruk", dihantar pulang sahaja.


Mendiang juga mengimbas kembali pelbagai pertemuan beliau dengan para pegawai undang-undang.


Ketika dihubungi akhbar The Straits Times, seorang jurucakap Kementerian Undang-Undang berkata: "Mendiang Encik Anandan telah... menyatakan versi beliau mengenai perbualan dan interaksi beliau bersama beberapa pegawai yang berkhidmat dalam badan kehakiman, Perkhidmatan Undang-Undang dan Pemerintah.


Ingatan ramai pegawai itu berbeza, kadang-kadang agak ketara, daripada kisah yang Encik Anandan nyatakan, mengenai perbualan dan interaksi itu. "Para pegawai itu, bagaimanapun, telah membuat keputusan, demi menghormati ingatan Encik Anandan, bahawa tidak sesuai untuk mereka menyatakan pembetulan mereka terhadap versi Encik Anandan.


"Atas sebab sama, tidak sesuai untuk respons kepada kritikan Encik Anandan terhadap orang-orang itu."


Kandungan buku tersebut sebahagian besarnya berkaitan kehidupan awal, keluarga dan rakan-rakan rapat mendiang Anandan, dan ia dipenuhi dengan ingatan beliau mengenai kes jenayah yang beliau kendalikan.


Buku terbitan Marshall Cavendish itu mula dijadual di kedai buku pada 2 Oktober pada harga $ 29.90 senaskhah sebelum GST.





 



 





Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >