Hasil pemodenan, banyak perkembangan dan pembangunan dapat dilihat serata Singapura. Namun, terdapat estet perumahan lama yang masih terpelihara, antaranya ialah kawasan Tiong Bahru. Wartawan FAKHRURADZI ISMAIL (mfismail@sph.com.sg)dan NUR HUMAIRA SAJAT (nhumaira@sph.com.sg) meneroka Tiong Bahru untuk mencari daya tarikan kawasan itu yang tersembunyi.
TARIKAN kemudahan moden serta kelengkapan menyeluruh yang terdapat pada estet perumahan baru yang didirikan pemerintah buat penduduk di sini bukanlah antara faktor utama bagi segelintir rakyat Singapura apabila ingin mendapatkan rumah.