KEMPEN memerangi penyakit kencing manis di kalangan masyarakat Melayu yang diusahakan kumpulan akar umbi Melayu akan dilanjutkan sehingga Jun ini.
Ini memandangkan kempen enam bulan itu bermula September lalu menerima sambutan menggalakkan di kalangan masyarakat, selain lebih banyak kumpulan Melayu juga telah melahirkan minat untuk menyertainya.