Subuh
5:36
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Kemudahan bantu atasi kesesakan lebih baik menerusi Space Out

May 19, 2020 | 04:00 PM



PENGUASA Pembangunan Semula Bandar (URA) hari ini menyatakan ia telah bekerjasama dengan Agensi Sekitaran Kebangsaan (NEA) dan GovTech untuk menyediakan maklumat kesesakan pengunjung bagi empat pasar popular.



Ia melibatkan Pasar Geylang Serai, Pasar Chong Pang, pasar di Blks 20/21 Marsiling Lane dan di Blok 505 Jurong West St 52.



Menerusi kenyataannya hari ini, URA berkata, melalui kemudahan yang disediakan di laman web Space Out (www.spaceout.gov.sg), orang ramai akan tahu apabila jumlah pengunjung mencapai tahap maksimum, jumlah orang yang beratur untuk memasuki pasar akan ditunjukkan.



Menurut URA, dengan pasar raya Prime dan Sheng Siong turut dilibatkan sekarang, orang ramai juga dapat memeriksa tahap kesesakan pengunjung di pasar raya ini dan membuat pilihan yang tepat sebelum keluar untuk membeli barang keperluan mereka. 



"Kami akan terus bekerjasama dengan operator untuk menambahkan data ukuran pengunjung untuk lebih banyak pasar raya di Space Out," kata URA.



Di samping itu, pengenalan ciri "Pilihan Berdekatan" baru di Space Out membolehkan orang ramai dengan mudah mencari pilihan yang kurang sesak dekat kediaman mereka.



Dilancarkan pada awal April lalu, laman web Space Out memberikan orang ramai maklumat terkini mengenai tahap kesesakan di pusat membeli-belah, pasar raya, pasar dan pejabat pos di seluruh Singapura. 



Ini membantu orang ramai membuat pilihan yang tepat mengenai tempat dan waktu untuk membeli barang dan perkhidmatan penting mereka dan menjaga jarak selamat.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >