Tak faham bahasa yang digunakan generasi kini? Ruangan GenKini Berita Harian mengajukan soalan kepada ‘Tia dan Tio’.
Kali ini, mereka menjelaskan maksud ‘paitao’ dan ‘member’.
Perkataan: [pai-tao]; kata kerja.
Contoh: “Sudah 8 malam dan Ikmal belum sampai-sampai. Nampaknya, dia paitao lagi.”
Anak muda hari ini menggunakan perkataan ‘paitao’ iaitu tingkah laku di mana seseorang bersetuju dengan sesuatu rancangan, tetapi tidak hadir, seringkali tanpa penjelasan yang munasabah.
Perkataan: [mem-ber]; kata nama.
Contoh: “Dia dan aku memang member betul sejak sekolah rendah lagi.”
Perkataan ini sering kali digunakan untuk menggambarkan hubungan persahabatan atau kemesraan yang erat di antara orang-orang tertentu.