Subuh
5:42
Syuruk
7:00
Zuhur
1:06
Asar
4:20
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Kenaikan gaji bagi pegawai Home Team

Aug 06, 2014 | 05:26 PM



GAJI bulanan lebih 18,000 orang anggota Home Team akan dinaikkan antara 5 hingga 12 peratus dari bulan ini, kata Kementerian Dalam Negeri (MHA) dalam satu kenyataan hari ini.


Anggota Pasukan Polis Singapura (SPF), Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF), Perkhidmatan Penjara Singapura (SPS) dan Biro Narkotik Pusat (CNB), akan menikmati kenaikan antara 10 dan 12 peratus pada gaji bulanan mereka, manakala anggota Penguasa Imigresen dan Pusat Pemeriksaan (ICA) dan mereka di bawah skim spesialis Home Team akan mendapat kenaikan di antara 7 dan 5 peratus.


Agensi-agensi ini juga akan memperkenalkan bonus kemasukan sebanyak $10,000 bagi para rekrut yang menyertai polis dengan pangkat koperal; $30,000 bagi mereka yang mendaftar sebagai sarjan.


Rekrut yang layak mendapat pangkat sarjan dalam SCDF, SPS dan CNB akan mendapat $10,000, dan mereka yang menyertai ICA akan mendapat $8,000.


Para rekrut baru, bagaimanapun, harus bekerja di dalam agensi-agensi mereka sekurang-kurangnya di antara dua dan tiga tahun, bergantung kepada perlantikan mereka di Home Team, menurut kementerian itu yang ditukil akhbar The Straits Times.


Kenyataan MHA datang selepas pengumuman oleh Timbalan Perdana Menteri, Encik Teo Chee Hean, yang memperkenalkan anugerah baru untuk mengiktiraf anggota dan pegawai yang telah menjalankan tugas semasa insiden-insiden besar seperti rusuhan di Little India Disember lalu.


Pingat Perkhidmatan Operasi Home Team akan diberikan pada bulan September kepada kira-kira 180 pegawai-pegawai yang terlibat dalam operasi itu, kata DPM Teo, yang juga Menteri Dalam Negeri.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >