Subuh
5:53
Syuruk
7:09
Zuhur
1:14
Asar
4:15
Maghrib
7:17
Isyak
8:25
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Kencing manis: Guardian tawar program percuma bagi bantu pesakit

Jan 09, 2017 | 08:48 AM



SEBUAH program percuma bagi membantu pesakit kencing manis lebih memahami keadaan mereka dan memastikan ia di bawah kawalan telah dilancarkan oleh rangkaian kesihatan dan kecantikan Guardian.



Pesakit kencing manis boleh mendaftar untuk program 12 minggu itu di 20 cawangan Guardian di seluruh pulau.



Seorang ahli farmasi Guardian akan mengadakan pertemuan mingguan bagi membimbing mereka mengenai perkara seperti senaman dan cara mengenal pasti makanan yang mungkin menyebabkan paras gula darah naik.



Program Penjagaan Pesakit Kencing Manis Guardian itu bermula kira-kira dua bulan lalu. Ia bertujuan menggalak pesakit kencing manis memantau sendiri dan dengan kerap paras glukosa darah mereka.



Setakat ini, kira-kira 10 orang telah mendaftar untuk program itu. Mereka dikehendaki mengambil tiga set bacaan paras gula darah menggunakan glukometer mereka setiap minggu, setiap satu dikaitkan pada makan, serta gambar setiap daripada makanan mereka itu.



Pada akhir setiap minggu, pesakit kencing manis itu membuat janji temu dengan ahli farmasi Guardian untuk meneliti bacaan dan gambar tersebut, bagi mengenal pasti kenaikan paras gula darah dan makanan yang boleh menyebabkannya.



Ahli farmasi juga akan mencadangkan rancangan meningkatkan diet, senaman, pematuhan ubat dan pilihan gaya hidup.



Pada akhir 12 minggu, pesakit diberi ujian HbA1c percuma - ujian darah rutin bagi pesakit kencing manis.



Seorang ahli farmasi Gurdian, Cik Grace Chew, berharap program itu akan meningkatkan kesedaran tentang kencing manis, dan menyediakan maklumat boleh dipercayai dan tepat tentang cara menguruskannya, lapor akhbar The Straits Times.



"Ia mudah dan percuma, dan akan membantu pesakit mengelakkan bil rawatan yang tidak perlu," katanya.



Cawangan Gurdian yang menyertai program itu ialah di:



Blok 190 Toa Payoh, Bangunan Hong Leong, ION Orchard, Hospital Mount Elizabeth Novena, Novena Square, Raffles City, Pusat Beli-Belah Takashimaya, Tiong Bahru Plaza, Blok 210 Bedok Central, Parkway Parade, Tampines North Drive 2, White Sands Mall, Northpoint, Causeway Point, Blok 704 Ang Mo Kio Central, Serangoon Nex, Waterway Point, Bukit Panjang Plaza, IMM dan Jurong Point.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >