Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Kencing manis: Peratusan di Singapura kedua tertinggi

Dec 02, 2015 | 10:41 AM



PERATUSAN pesakit kencing manis di Singapura kedua tertinggi dalam kalangan negara maju, dedah satu laporan baru oleh Persekutuan Kencing Manis Antarabangsa (IDF).


Ia berkata 10.53 peratus penduduk berusia antara 20 dan 79 tahun di sini dianggar mempunyai penyakit kronik itu.


Hanya Amerika Syarikat mempunyai peratusan lebih tinggi, 10.75 peratus.


Dapatan itu membimbangkan tetapi tidak menghairankan, menurut doktor tempatan, memandang warga Singapura semakin kurang aktif dan makan lebih banyak makanan berkalori tinggi - kedua-duanya meningkatkan risiko kencing manis.


"Apabila negara kita menjadi lebih maju, gaya hidup kita juga berubah," kata Dr Stanley Liew, seorang pakar endokrinologi di Pusat Kencing Manis dan Endokrin Raffles, lapor akhbar The Straits Times.


"Warga Singapura hari ini lebih aktif dan mengambil makanan tinggi kalori, sama seperti rakyat Amerika."


Anggaran IDF bagi Singapura sama dengan data 2010 Kementerian Kesihatan (MOH), yang melaporkan 11.3 peratus warga berusia antara 18 dan 69 mempunyai kencing man is, ialah kira-kira satu dalam 10 orang.


Ini bertambah daripada 4.7 peratus pada 1984 dan 9 peratus pada 2004.


Secara keseluruhan, laporan IDF menunjukkan negara pulau yang mempunyai jumlah penduduk agak kecil, seperti Mauritius, mempunyai peratusan pesakit kencing manis paling tinggi, iaitu hampir satu dalam lima orang.


Paling rendah di negara-negara Afrika, seperti Senegal, di mana hanya dua dalam 100 orang dianggarkan mempunyai penyakit itu. Ini sebahagiannya disebabkan kejadian lebih tinggi penyakit lain dan jangka hayat lebih rendah, ujar IDF dalam satu kenyataan.


Secara keseluruhan, Singapura di tempat ke-62, berbanding ke-60 tahun lalu.


Pakar-pakar mengatakan penyakit itu tidak berpunca daripada gaya hidup sahaja, kerana baka juga mempunyai kesan ke atas kemungkinan seseorang itu mendapatnya.


Akhbar itu melaporkan Dr Alvin Ng, seorang pakar endokrinologi konsultan di Hospital Mount Elizabeth, menegaskan jika seseorang itu mengubah gaya hidupnya "dengan sangat agresif" - misalnya menjaga diet dan meningkat senaman - penyakit kencing manis jenis 2 peringkat awal boleh dihentikan.


Penyakit kencing manis jenis 2, yang paling biasa di sini, berlaku apabila badan tidak dapat menghasilkan insulin yang cukup atau menggunakannya dengan betul.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >