Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Kenderaan asing diletak secara terlarang dikenakan tindakan

Mar 10, 2022 | 05:30 AM



MAJLIS bandaran tidak membezakan antara kenderaan Singapura dan kenderaan asing semasa menguatkuasakan peraturan letak kenderaan secara terlarang di kawasan bersama di estet Lembaga Perumahan dan Pembangunan (HDB), kata Menteri Negara Kanan (Pembangunan Negara merangkap Ehwal Luar), Cik Sim Ann, semalam.



Menurut beliau, tindakan penguatkuasaan terhadap kenderaan yang didapati diletak secara terlarang di kawasan bersama termasuk memberi notis kesalahan dan memindahkan atau menahan kenderaan itu, jika majlis bandaran itu berkuasa melakukannya di bawah undang-undang kecilnya.



Cik Sim berkata demikian di Parlimen semalam semasa menjawab pertanyaan Anggota Parlimen (AP) Encik Yip Hon Weng (Yio Chu Kang), yang bertanya tentang tindakan penguatkuasaan terhadap perbuatan meletak kenderaan secara terlarang di estet HDB.



Majlis bandaran mempunyai kuasa melarang atau mengawal perbuatan meletak kenderaan di ruang bersama di estet HDB, ujar beliau. Mereka juga mempunyai kuasa memutuskan bagaimana mereka ingin menguatkuasan undang-undang kecil mereka sendiri.



Perbuatan melanggar sebarang undang-undang kecil majlis bandaran adalah satu kesalahan, ujar Cik Sim.



Apabila ditanya Encik Yip tentang tindakan penguatkuasaan terhadap kenderaan asing yang tidak berdaftar dengan Penguasa Pengangkutan Darat (LTA), Cik Sim berkata majlis bandaran, yang dibolehkan oleh undang-undang kecil mereka, boleh menahan kenderaan asing dengan mengapit kenderaan itu dan melepaskannya kepada pemiliknya hanya selepas beliau membayar denda.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >