HONGKONG: Sembilan kenderaan berperisai milik Singapura yang ditahan di Hongkong sejak November lalu telah dipindahkan ke ruang simpanan tertutup, kata Jabatan Kastam dan Eksais Hongkong (HCED) kelmarin, menamatkan spekulasi bahawa kenderaan itu telah dipulangkan ke Singapura.
Awal minggu ini, akhbar Apple Daily melaporkan bahawa Kenderaan Pengangkut Infantri (ICV) Terrex yang disimpan di kawasan simpanan luar di Tuen Mun telah 'hilang'.