LEBIH banyak pekerja akan dibenarkan kembali ke tempat kerja, meskipun langkah pengurusan selamat perlu dilaksana dan majikan digalak melaksana langkah seperti masa kerja lebih fleksibel dan masa lapor kerja berperingkat-peringkat.
Ini di samping peraturan jarak selamat akan dilonggarkan dan lebih banyak kegiatan akan dibenarkan disambung dalam beberapa minggu akan datang, sedang bilangan kes Covid- -19 dalam masyarakat kekal rendah, kata Menteri Kesihatan Gan Kim Yong, semalam.