JAWATANKUASA Pilihan mengenai Kepalsuan Dalam Talian yang Disengajakan akan mula bersidang di Bangunan Parlimen hari ini bagi mendengar pandangan awam selain menimbangkan bukti lisan yang dikemukakan pakar, pemegang berkepentingan industri dan orang ramai.
Dipengerusikan Timbalan Speaker, Encik Charles Chong, Jawatankuasa Pilihan tujuh anggota terdiri daripada menteri, Anggota Parlimen (AP) dan Anggota Parlimen Dilantik (NMP) itu akan mengkaji beberapa perkara utama - termasuk mengkaji fenomena kepalsuan 'online' yang disengajakan sebagai masalah sejagat, cara teknologi memburukkan isu dan cara syarikat teknologi menanganinya.