CATATAN FACEBOOK PM

Kepercayaan ekstrem dan ganas tiada tempat di Singapura

"Warga Singapura Zulfikar Mohamad Shariff telah diberkas dan ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) kerana kegiatan berkaitan pengganasan. Zulfikar menggunakan media sosial untuk menyebarkan ideologi radikal, mengagungkan IS (atau ISIS) dan menggalak Muslim supaya melakukan jihad bersenjata dengan kumpulan militan. Sekurang-kurangnya dua warga Singapura juga telah menjadi radikal kerana terpengaruh dengan Zulfikar. Matlamat dia ialah membangkitkan kemarahan Muslim Singapura, mendorong mereka supaya bertindak menggantikan sistem demokratik dengan negara Islam. Mujur, agensi keselamatan kita menangkapnya sebelum dia berjaya melakukan kerosakan. Kepercayaan ekstrem dan ganas sedemikian tidak mempunyai tempat dalam negara berbilang kaum dan agama kita. Pemerintah akan berwaspada untuk mengenal pasti individu sedemikian, tapi kita perlukan bantuan setiap orang untuk menegakkan dan melindungi cara hidup kita yang harmoni ini."

– Encik Lee Hsien Loong.

Langgani BeritaHarian.sg untuk menikmati laporan ini. Sila DAFTAR untuk teruskan.

Waktu Solat

Subuh
5:34
Syuruk
6:58
Zuhur
1:00
Asar
4:24
Maghrib
7:01
Isyak
8:16
3 HR PSI: 43
27°/ 24 °
Tuesday - Thundery showers mainly over northern and eastern Singapore in the afternoon.
Wednesday - Late morning and early afternoon thundery showers.
Thursday - Afternoon thundery showers.