PENDUDUK estet perumahan privet mungkin tidak memerlukan jenis bantuan yang sama dengan penduduk perumahan awam atau golongan bergaji rendah namun kepentingan penduduk rumah privet juga merupakan antara tumpuan utama Parti Tindakan Rakyat (PAP).
Calon PAP bagi GRC Marine Parade Encik Edwin Tong berharap jika dipilih kelak beliau akan memperjuangkan keperluan penduduk privet di Parlimen.