Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Kepingan konkrit jatuh 40 tingkat ke taman permainan di Clementi selepas kilat

Nov 18, 2017 | 05:06 PM



Sekeping simen konkrit jatuh dari bumbung 40 tingkat pangsapuri di Clementi ekoran petir dan terhempas di taman permainan pada hari Khamis (16 Nov).



Insiden itu berlaku kira-kira 5 petang di blok perumahan Trivelis, di bawah Skim Reka, Bina dan Jual (DBSS), di Clementi Avenue 4, menurut laporan Shin Min Daily News pada Sabtu.



Pemaju, EL Development (ELD), memberitahu The Straits Times bahawa kilat menyambar di  bumbung Blok 311C menyebabkan sekeping konkrit jatuh ke taman permainan.

"Mujur tiada siapa di taman permainan kerana hujan lebat," kata jurucakap tersebut.



Jurutera profesional telah memeriksa dan mengesahkan bahawa struktur bangunan masih  baik, kata ELD.



Pekerja juga telah dikerah membersihkan serpihan di bumbung demi keselamatan.



Taman permainan itu, yang terletak di tengah-tengah Blok 311A, B dan C, masih ditutup sebagai langkah berjaga-jaga.



Pemaju menambah bahawa kedua-dua Penguasa Bangunan dan Pembinaan dan Lembaga Perumahan telah mengunjungi kawasan itu.



Trivelis pernah mendapat perhatian pada 2015 selepas penduduk mengadu tentang kecacatan dalam pembinaannya.



 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >