Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Keputusan GCE 'O' dikeluarkan Isnin ini

Jan 06, 2016 | 02:13 PM



KEPUTUSAN peperiksaan GCE peringkat 'O' 2015 akan dikeluarkan Isnin ini (11 Jan).


Calon sekolah boleh mendapatkan keputusan di sekolah masing-masing mulai 2 petang, umum Kementerian Pendidikan (MOE) dalam satu kenyataan akhbar pada Rabu (6 Jan).


Calon persendirian akan dimaklumkan mengenai keputusan mereka melalui pos. Mereka boleh juga mendapatkan keputusan mereka secara dalam talian menggunakan akaun SingPass di laman web Lembaga Peperiksaan dan Penilaian Singapura mulai 2 petang, 11 Januari.


Pelajar yang ingin memohon memasuki maktab rendah, Institut Millennia, politeknik atau Institut Pendidikan Teknikal (ITE) boleh berbuat demikian melalui Pelaksanaan Kemasukan Bersama (JAE).


JAE akan dibuka dari 3 petang pada 11 Januari hingga 4 petang 15 Januari.


Keputusan kemasukan ke institut-institut itu akan dikeluarkan pada 28 Januari, sama ada melalui laman JAE atau SMS yang akan dihantar ke telefon bimbit pemohon.


Bagi maklumat lanjut mengenai JAE, pemohon boleh melayari laman JAE atau hubungi Pusat Khidmat Pelanggan MOE, 6872-2220, semasa waktu operasi talian itu.


Selain itu, pelajar boleh memohon memasuki politeknik melalui Pelaksanaan Bersama Kemasukan Khas Politeknik (JPSAE).


JPSAE melengkapi JAE dengan membenarkan politeknik menimbangkan pemohon berdasarkan merit lebih luas di luar pencapaian akademik dalam peperiksaan GCE peringkat 'O', menurut MOE.


Pelajar boleh memohon kepada kedua-duanya, JPSAE dan JAE, yang berjalan serentak, tetapi hanya boleh menerima salah satu jika mereka menerima tawaran daripada kedua-duanya.


Keputusan permohonan di bawah JPSAE akan dikeluarkan pada 29 Jan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >