KEPUTUSAN kemasukan ke maktab rendah (JC), politeknik dan Institut Pendidikan Teknikal (ITE) akan diumumkan pada Rabu, 5 Februari ini.
Dalam kenyataannya semalam, Kementerian Pendidikan (MOE) berkata pelajar boleh memeriksa keputusan permohonan masing-masing menerusi Sistem Internet Pendaftaran Kemasukan Bersama (JAE) di laman www.moe.gov.sg/education/admissions/jae mulai 8 pagi.