Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Keputusan peperiksaan GCE 'O' pada 12 Jan

Jan 05, 2018 | 05:28 PM



KEPUTUSAN peperiksaan GCE peringkat O 2017 akan diumumkan Jumaat depan (12 Januari), kata Kementerian Pendidikan (MOE).



Calon sekolah boleh mengambil keputusan dari sekolah masing-masing pada 2.30 petang pada hari yang sama, kata MOE dalam satu kenyataan hari ini.



Sementara itu, calon peribadi akan diberitahu tentang keputusan mereka melalui pos.



Slip keputusan akan dihantar pada 12 Januari kepada alamat yang diberikan semasa pendaftaran.



Calon peribadi yang mempunyai akaun SingPass juga boleh mendapatkan keputusan mereka secara dalam talian menerusi Sistem Pendedahan Keputusan Peperiksaan Internet di laman web Lembaga Peperiksaan dan Penilaian Singapura mulai 2.30 petang pada 12 Januari.



Menurut MOE pelajar yang ingin memohon untuk memasuki maktab rendah, Institut Millennia, politeknik atau Institut Pendidikan Teknikal (ITE) boleh melakukan demikian menerusi Latihan Kemasukan Bersama (JAE) menggunakan keputusan peperiksaan peringkat 'O' mereka.



JAE akan dibuka dari 3 petang pada 12 Januari hingga 4 petang pada 17 Januari.



Untuk keterangan lanjut tentang JAE, pemohon boleh melungsuri laman JAE atau menghubungi Pusat Khidmat Pelanggan MOE di 6872-2220



Keputusan sekolah bagi permohonan JAE dijangka dikeluarkan pada 1 Februari.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >