Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Keputusan peraduan malam ini

Dec 09, 2016 | 05:30 AM



DEBAR cinta akan sampai ke kemuncaknya malam ini apabila pemenang bagi peraduan menulis cerpen di bawah program Mencari Kristal diumumkan.



Seramai lapan peserta telah terpilih daripada seramai 35 yang disenarai pendek bagi program yang dianjurkan buat julung-julung kalinya ini.



Kelapan-lapan mereka ialah:



  • Zaleha Isnin (Langit Nan Satu)

  • Mohamed Naguib Ngadnan (Awak Kad Mana)

  • Yazid Hussein (Sang Pembunuh)

  • Amanah Mustafi (Baik Ayah!)

  • Clarissa Nathania Goenawan (Retak)

  • Djohan A Rahman (Bantal Pak Akub)

  • Tuty Alawiyah Isnin (Alibi); dan

  • Farihan Bahron (Bulan Jingga)

Keputusan peraduan adalah berdasarkan penilaian panel tiga anggota terdiri daripada Cik Hanim Mohd Saleh (editor Gaya Hidup, Kesenian & Hiburan), Haji Jamal Ismail (sasterawan) dan Encik Noor Effendy Ibrahim (karyawan seni).



Selain mereka, orang ramai juga berpeluang membuat pilihan mereka menerusi undian dalam talian yang disediakan di laman mencarikristal.sg



Penilaian dalam talian membentuk 10 peratus daripada penilaian keseluruhan. Tujuan asasnya adalah menarik penyertaan orang ramai agar sama-sama membaca dan menikmati kelapan-lapan karya itu.



Secara keseluruhan, Program Mencari Kristal anjuran Berita Harian yang disokong Majlis Seni Kebangsaan (NAC) membuka peluang kepada orang ramai menyertai peraduan menulis cerpen bertemakan 'Debar Cinta' dan sesudah itu, seramai 35 peserta yang menghasilkan karya terbaik dipilih mengikuti enam sesi bengkel yang mengetengahkan kepada mereka teknik penulisan dan pemasaran karya sastera terkini.



Daripada kelompok 35 orang itu, lapan telah dipilih sebagai finalis, dengan pemenang utama meraih piala dan wang tunai $5,000.



Hadiah akan disampaikan oleh tetamu terhormat, Setiausaha Parlimen (Pendidikan merangkap Pembangunan Sosial dan Keluarga), Profesor Madya Dr Muhammad Faishal Ibrahim, dalam majlis di auditorium SPH, News Centre di Toa Payoh pada 8 malam ini.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >