Subuh
5:34
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:21
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Keputusan PSLE 22 Nov

Nov 15, 2023 | 05:20 PM



Murid-murid yang menduduki Peperiksaan Tamat Sekolah Rendah (PSLE) ​​akan menerima keputusan peperiksaan mereka pada Rabu, 22 November, mulai 11 pagi.

Dalam satu kenyataan bersama pada Rabu, Kementerian Pendidikan (MOE) dan Lembaga Peperiksaan dan Penilaian Singapura (SEAB) berkata, aturan telah dibuat untuk murid-murid menerima keputusan mereka.

Murid-murid akan menerima butiran mengenai aturan pengambilan keputusan itu daripada sekolah masing-masing, menurut kenyataan itu, seperti dilaporkan The Straits Times (ST).


Jika seseorang murid tidak dapat mengambil salinan keputusan mereka di sekolah, mereka boleh melantik seseorang sebagai mewakili mereka untuk berbuat demikian selewat-lewatnya pada 24 November ini.

Murid-murid yang layak mengikuti pendidikan menengah akan menerima Borang Pilihan Menengah 1 (S1) untuk memilih sekolah menengah dengan keputusan PSLE mereka.

Setiap murid perlu menggunakan nombor unik pengenalan peribadi S1 masing-masing yang tertera di borang itu untuk menyertai Sistem Internet Menengah 1 (S1-IS) dan menyerahkan pilihan sekolah mereka antara 11.30 pagi pada 22 November hingga 3 petang pada 28 November.

Ibu bapa yang memerlukan bantuan untuk menyerahkan borang itu secara dalam talian boleh menghubungi pihak sekolah rendah sebelum 3 petang, 28 November.

Keputusan penempatan S1 akan dikeluarkan antara 20 dengan 22 Disember melalui SMS, kata kenyataan itu. Ia juga boleh diakses melalui Sistem Internet S1 atau di sekolah rendah murid.

Murid-murid tidak perlu melapor diri ke sekolah menengah mereka tahun ini setelah mendapat keputusan penempatan S1.

Bermula dari kohort Darjah 6 2023, murid-murid diterima masuk ke sekolah menengah melalui tiga kumpulan penempatan S1, menurut laman MOE.

Julat markah PSLE bagi ketiga-tiga kumpulan S1 itu – 1, 2 dan 3, diberikan, masing-masing mengikut aliran Normal (Teknikal), Normal (Akademik) dan Ekspres yang sedia ada.

Murid yang layak bagi pengumpulan (band) kumpulan penempatan 1 atau kumpulan 1/2, dan lebih cenderung kepada pendidikan berorientasikan amalan dan pembelajaran secara amali atau hands-on, boleh memohon ke Sekolah Menengah Crest (CSS) dan Sekolah Menengah Spectra (SSS).


Kedua-dua sekolah ini menawarkan “sukatan pelajaran berasaskan kemahiran yang disesuaikan (untuk murid) dan pendedahan kepada peluang pembelajaran unik, dan ini meletakkan pelajar dalam kedudukan baik untuk melanjutkan pelajaran ke Institut Pendidikan Teknikal (ITE)”, kata kenyataan itu.

Murid-murid boleh memohon secara langsung dengan menghantar permohonan sekolah mereka ke sekolah berkenaan mulai 11.30 pagi pada 22 November hingga 3 petang pada 28 November.

Borang permohonan untuk kedua-dua sekolah itu boleh didapati di sekolah rendah pelajar, atau di laman CSS dan SSS.

Mereka yang memohon secara langsung harus juga menghantar Borang Pilihan S1, untuk diterima masuk ke sekolah pilihan mereka, jika mereka tidak diterima masuk ke CSS atau SSS.

Mereka yang memohon dan berjaya diterima masuk ke sekolah keperluan istimewa akan dimaklumkan selewat-lewatnya 13 Disember, dan pilihan sekolah S1 mereka yang lain akan dibatalkan.

Pelajar digalak menghadiri rumah terbuka sekolah mereka dan mengunjungi laman sekolah untuk maklumat lanjut.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >