Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Keputusan rayuan kes seleweng wang gereja dijangka diketahui Jumaat

Apr 04, 2017 | 10:17 AM



PERBICARAAN kes penyelewengan wang berjumlah sekitar $50 juta yang melibatkan pengasas dan paderi kanan Gereja City Harvest (CHC) dijangka selesai Jumaat ini (7 Apr), lapor The Straits Times.



Ini memandangkan mahkamah dijangka membuat keputusan terhadap rayuan pengasas dan paderi CHC, Kong Hee dan konco-konconya, sekitar 9.30 pagi tulat.



Di akhir sesi rayuan lima hari pada September 2016, Hakim Chan Seng Oon menyifatkan Projek Crossover yang dilaksanakan CHC dan menggunakan dana yang diraih untuk menjayakan kerjaya isteri Kong Hee, Ho Yeow Sun, sebagai satu cara dakwah yang terlampau mewah.



Keenam-enam pesalah yang didapati bersalah atas pelbagai tuduhan, termasuk pecah amanah dan memalsukan akaun, sebelum ini dijatuhkan hukuman penjara antara setahun sembilan bulan sehingga lapan tahun.



Pihak pendakwa bagaimanapun memohon kepada mahkamah mengenakan hukuman yang lebih berat kerana keenam-enam tertuduh tidak menunjukkan sebarang rasa kesal atas tindakan mereka.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >