MERKURI atau raksa bukan sahaja boleh menjejas seseorang melalui penggunaan produk kecantikan yang mengandungi bahan tersebut, bahkan boleh memberi kesan jika seseorang terdedah pada merkuri apabila terhidunya.
Demikian dinyatakan oleh Konsultan Kanan, Pusat Kulit Singapura (NSC), di bawah naungan National Healthcare Group (NHG), Dr Anthony Goon, ketika ditanya berhubung kesan merkuri yang kerap disebut sebagai bahan terlarang dalam produk kecantikan seperti pemutih kulit yang dilarang.