Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Kereta api 2 gerabak bermula pada waktu sibuk di LRT Punggol

Dec 29, 2016 | 12:25 PM



MULAI Khamis (29 Dis), penumpang LRT Punggol dapat menikmati perjalanan lebih selesa pada waktu sibuk dengan pengenalan kereta api dua gerabak.



Operasi dua gerabak itu, yang menggandakan kapasiti kereta api tersebut kepada 204 orang, digunakan bagi lingkaran timur laluan LRT itu.



Kereta api dua gerabak itu diuji pada waktu sibuk sejak 5 Disember.



Ia kini bergerak dari 6.45 pagi hingga 8.45 pagi dan 6.15 petang hingga 8.15 malam, dan akan diperkenal di lingkaran barat pada masa akan datang.



Kakitangan SBS Transit akan berada dalam gerabak itu selama beberapa minggu akan datang bagi menangani sebarang masalah teknikal.



"Dalam beberapa bulan akan datang apabila sekolah dibuka semula, saya rasa kapasiti baru yang kini diberi kepada penduduk akan sangat dialu-alukan," kata Menteri Pendidikan (Sekolah) merangkap Menteri Kedua Pengangkutan, Encik Ng Chee Meng.



Beliau berkata demikian dalam satu acara pada Khamis yang juga menandakan pembukaan stesen LRT Punggol Point, stesen kelima di lingkaran barat laluan LRT itu.



Stesen ini berkhidmat bagi penduduk kawasan Ponggol Seventeenth Avenue yang berdekatan, serta pembangunan HDB akan datang yang dijadualkan siap pada 2021.



Ia juga menyediakan akses mudah ke kedai makan di Punggol Settlement, serta taman alam semula jadi Pulau Coney.



Dua stesen di lingkaran barat belum dibuka. Stesen LRT Samudera akan dibuka pada Mac depan, manakala Stesen Teck Lee akan dibuka "sejajar dengan pembangunan di kawasan itu," kata SBS Transit dan Penguasa Pengangkutan Darat (LTA) dalam satu kenyataan bersama pada Khamis.



Encik Ng, Anggota Parlimen GRC Punggol-Pasir Ris, menambah bahawa dengan "kerancakan semakin meningkat" di kawasan Punggol, stesen baru itu akan membantu meningkatkan konektiviti bagi pengunjung dan penduduk.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >