PENGUASA Pengangkutan Darat (LTA) telah bekerjasama dengan pengendali pengangkutan awam SMRT dan SBS Transit untuk melancarkan kereta api bertema Perbarisan Hari Kebangsaan (NDP) kelmarin.
Sebanyak empat kereta api - satu kereta api di setiap satu laluan Utara-Selatan dan Timur-Barat, Utara-Timur, Circle serta Downtown - telah dihiasi dengan tema itu hingga 27 Ogos.