Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:14
Maghrib
7:15
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Kereta api kelajuan tinggi: PM Lee harap dapat meterai apabila bertemu PM Najib pada Dis

Nov 30, 2016 | 03:00 PM



PERDANA Menteri Lee Hsien Loong berkata Singapura dan Malaysia telah mencapai kemajuan pesat mengenai perjanjian dua hala berkaitan Kereta Api Berkelajuan Tinggi (HSR) Singapura-Kuala Lumpur, dan berharap dua pihak itu boleh menandatangani perjanjian tersebut apabila beliau dan Perdana Menteri Najib Razak bertemu di Rahat Pemimpin.



"Ia projek sangat besar, sangat rumit dan amat luas, dari segi skala. Kita harus cuba sebaik mungkin menjangka apa isunya, semasa kita membinanya, apabila kita mengendalikannya, dan mempunyai kefahaman jelas mengenai cara kita akan menanganinya jika sesuatu timbul," kata Encik Lee dalam satu temu bual dengan pengerusi agensi berita Malaysia, Bernama, Datuk Seri Azman Ujang, pada Isnin (28 Nov).



"Perkara pertama ialah mempunyai perjanjian baik antara dua negara ini mengenai cara projek ini disusun, cara ia akan dilaksana, dan cara ia disokong oleh kedua-dua pemerintah," ujar Encik Lee dalam temu bual itu, yang transkripnya dikeluarkan oleh Pejabat Perdana Menteri (PMO) pada Rabu (30 Nov).



"Kami hampir mencapainya, dan saya harap apabila saya bertemu Perdana Menteri Najib pada rahat akan datang, kami dapat menandatangani perjanjian itu," katanya.



Pada Selasa (29 Nov), Menteri di PMO Malaysia, Datuk Abdul Rahman Dahlan, bertemu Menteri Penyelaras Infrastruktur yang juga Menteri Pengangkutan, Encik Khaw Boon Wan.



Datuk Abdul Rahman berkata dalam pos Instagram mereka bertemu "bagi menyelaraskan butiran saat akhir Perjanjian Dua Hala berhubung projek Keretapi Berkelajuan Tinggi Malaysia-Singapore sebelum majlis tandatangan pada Disember".



Satu memorandum persefahaman bagi projek itu ditandatangani pada Julai lalu oleh Datuk Abdul Rahman dan Encik Khaw, dengan disaksikan kedua-dua perdana menteri.



Pembinaan projek itu dijangka bermula pada 2018, dengan kereta api bergerak pada 2026.



Ditanya mengenai perkongsian kos pembinaan, Encik Lee berkata perkara seperti itulah yang perlu dinyatakan dengan jelas, dan ia antara perkara yang membuat projek itu rumit.



Encik Lee berkata: "Ia rumit tetapi ada kemahuan. Dan ada perasaan bekerjasama, dan kami mahu membuat ia berjaya."



Beliau juga ditanya apakah jambatan ketiga antara Singapura dan Malaysia - yang beberapa pihak di Malaysia cadangkan baru-baru ini - perlu dengan adanya projek HSR.



Encik Lee berkata pada masa ini tiada rancangan bagi jambatan itu.



Mengenai dua projek bersama antara Singapura dan Malaysia di Marina South dan Ophir-Rochor, Encik Lee berkata: "Kedua-dua bangunan semakin berdiri dengan mantap. Saya membaca bahawa jualannya baik jadi saya fikir projek itu akan berjaya."



Encik Lee turut ditanya bagaimana Singapura cuba kekal bebas rasuah serta Pilihan Raya Presiden tahun depan, yang akan dikhaskan untuk calon Melayu.



Beliau berkata penjawat awam dan menteri dibayar gaji adil untuk mengurangkan godaan, sambil menambah: "Anda masuk, anda tidak boleh mengharapkan menjadi kaya dalam Pemerintah, tetapi anda tidak perlu menjadi miskin kerana anda terpaksa melakukan perkhidmatan awam."



Parti Tindakan Rakyat (PAP), dari awal, juga mahu "menjalankan sistem bersih, perkhidmatan awam bersih, dan kepimpinan politik bersih".



Mengenai pilihan raya presiden, beliau berkata pemerintah tidak mempunyai calon tertentu, "tetapi kami tahu ada orang layak".



"Tiada senarai pendek. Ia bergantung siapa yang tampil. Bukan terserah pada Pemerintah untuk mengaturkan ini. Calon-calonlah yang harus ke depan," ujar beliau.



Ditanya apakah Singapura boleh mempunyai perdana menteri bukan Cina, Encik Lee berkata: "Ia boleh berlaku dalam hidup kita."



Beliau memberi contoh bagaimana Encik Barack Obama menjadi presiden Amerika Syarikat, dan berkata: "Ia satu proses panjang tetapi ia boleh berlaku dan saya berharap satu hari nanti ia akan berlaku."




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >