Subuh
5:42
Syuruk
7:00
Zuhur
1:06
Asar
4:20
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Kereta api Laluan Timur-Barat lewat akibat kerosakan landasan

Mar 18, 2016 | 11:43 AM



PERKHIDMATAN kereta api tertangguh kira-kira tiga jam, dari 7.09 hingga 10.11 pagi, pada Jumaat (18 Mac) disebabkan kerosakan landasan berhampiran Paya Lebar di Laluan Timur-Barat.



Pengendali kereta api SMRT mengumumkan kali pertama melalui tweet pada 7.09 supaya menjangka tambahan masa 15 minit bagi perjalanan dari stesen Tanah Merah ke Aljunied, menghala ke Joo Koon.



Ia menambah dalam satu lagi pos tweet kemudian bahawa perkhidmatan masih disediakan di Laluan Timur-Barat.



Pada 7.38 pagi, SMRT mengemas kini masa tambahan perjalanan kepada 20 minit, sambil menyatakan perkhidmatan kereta api tetap ada.



Pada 7.55 pagi, masa tambahan perjalanan dinaikkan ke 25 minit.



Hampir dua jam kemudian, kelewatan itu seolah-olah menjadi lebih teruk. SMRT, dalam tweet pada 9.05 pagi memberitahu penumpang supaya menjangka masa tambahan 25 minit bagi perjalanan dari Pasir Ris ke Aljunied. Sebelum ini, ia bagi perjalanan antara stesen Aljunied dan Tanah Merah.



Pada 9.18 pagi, masa tambahan perjalanan dilanjutkan hingga 30 minit.



Pada 9.32 pagi, SMRT berkata juruteranya telah membetulkan kerosakan berhampiran Paya Lebar, tetapi berkata kereta api akan bergerak lebih perlahan disebabkan kesesakan.



Penumpang diberitahu supaya menjangka tambahan masa 20 minit bagi perjalanan dari Tanah Merah ke Aljunied.



Pada 9.48 pagi, masa tambahan bagi perjalanan dari Tanah Merah ke Aljunied disemak semula kepada 15 minit.



Pada 10.11 pagi, SMRT berkata kerosakan landasan itu telah diperbetul dan perkhidmatan kereta api dari Tanah Merah ke Aljunied beroperasi seperti biasa.



Beberapa penumpang mengadu tentang kelewatan itu menerusi Twitter.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >