Kereta dipecah masuk di JB

Mujur wang RM80,000 Akbar Hashim tidak dicuri

KETUA kelab peminat bola sepak setempat Akbar Hashim menghela nafas lega walau keretanya dipecah masuk di pasar Larkin, Johor Bahru, semalam.

Penggera Toyota Wish miliknya dimatikan dan lubang kunci pencucuh (ignition) rosak tetapi wang tunai sejumlah RM80,000 (sekitar $27,000) yang disimpannya di bawah tempat duduk pemandu tidak kecurian.

Antara lain, wang itu bakal digunakan bagi membayar sewa 34 bas yang membawa penyokong Singapura ke Shah Alam bagi Piala Sultan Selangor pada 7 Mei ini, kata Encik Akbar, yang mewakili kelab Die Hard Fans Singapore.

Beliau meninggalkan keretanya sekitar 7.30 pagi dekat perhentian teksi bagi membeli sarapan dan hanya sedar keretanya dipecah masuk selepas kembali selang sejam dan melihat habuk rokok di tempat duduk pemandu.

Laporan lanjut: Kereta milik warga S'pura disyaki cuba dicuri semasa di JB

Waktu Solat

Subuh
5:33
Syuruk
6:57
Zuhur
12:59
Asar
4:23
Maghrib
7:00
Isyak
8:15
3 HR PSI: 38
27°/ 24 °
Tuesday - Thundery showers mainly over northern and eastern Singapore in the afternoon.
Wednesday - Late morning and early afternoon thundery showers.
Thursday - Afternoon thundery showers.