Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Kereta tanpa pemandu langgar lori semasa uji pandu di one-north

Oct 19, 2016 | 10:16 AM



SEBUAH kereta tanpa pemandu dan lori bertembung pada pagi Selasa (18 Okt), dalam apa yang dipercayai merupakan kemalangan pertama di Singapura melibatkan kenderaan berautonomi.



Tiada siapa cedera apabila kereta itu melanggar lori tersebut semasa menukar lorong di Biopolis Drive di one-north pada kira-kira 9.30 pagi.



Kereta itu milik nuTonomy, sebuah syarikat sofwe permulaan yang sedang menjalankan ujian kenderaan tanpa pemandu, atau pandu sendiri, di daerah perniagaan one-north.



Terdapat dua jurutera, dengan seorang daripada mereka bertindak sebagai pemandu keselamatan, dalam kereta itu, yang sedang diuji pandu, kata nuTonomy.



Syarikat itu berkata ia masih menyiasat apakah pemandu keselamatan tersebut mengambil alih kawalan kereta itu semasa kemalangan tersebut.



Ditanya berapa laju kereta itu bergerak, nuTonomy hanya berkata ia bergerak pada "kelajuan rendah" apabila kemalangan tersebut berlaku.



Penguasa Pengangkutan Darat (LTA), polis dan nuTonomy sedang menyiasat punca kemalangan itu.



Sebuah gambar kemalangan itu dimuat naik ke laman Facebook Singapore Taxi Driver oleh Encik Michael Chong Kwan Chew.



Beliau menulis bahawa bumper kanan kereta itu rosak, manakala bahagian tepi lori tersebut kemik.



Ia membuat anggota kumpulan Facebook tersebut mengemukakan soalan tentang keselamatan kereta serupa itu, dan siapa bertanggungjawab dalam kes sedemikian.



Kenderaan berautonomi, atau tanpa pemandu, semakin mendapat sambutan di Singapura.



Pada Isnin, Agensi Sekitaran Kebangsaan (NEA) dan Kementerian Pengangkutan mengeluarkan sebuah Permintaan Maklumat (RFI) bagi reka bentuk dan pembangunan kenderaan berautonomi yang boleh melakukan kerja pembersihan jalan dan laluan pejalan kaki serta mengumpul dan melupuskan sampah.



Pada Ogos, nuTonomy melancarkan apa yang disebut sebagai percubaan pertama di dunia teksi tanpa pemandu di jalan awam di one-north.



Pada Februari, kereta tanpa pemandu Google bertembung dengan sebuah bas di California, Amerika Syarikat. Pada Mei, pemandu sebuah kereta Tesla Model S, dengan mod autopilotnya dihidupkan, maut selepas merempuh sebuah treler traktor di Florida, Amerika.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >