SEPATUTNYA kami bertemu pada 9 pagi. Namun, apabila saya melangkah masuk ke ruang penyambut tamu pejabatnya sekitar 20 minit lebih awal, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO), Cathay Organisation Holdings, Encik Suhaimi Rafdi, sudah pun duduk menanti ketibaan saya.
Melihat wajah saya yang agak terkejut, Encik Suhaimi, sambil menayangkan senyuman lebarnya yang secerah mentari pagi itu, berkata: "Saya memang biasa mulakan hari saya awal."