PARA penumpang di stesen MRT Clementi boleh boleh menjangkakan kesesakan yang berkurangan di pintu masuk stesen itu bila kerja-kerja naik taraf selesai menjelang pertengahan tahun depan.
Penguasa Pengangkutan Darat (LTA) berkata, kerja-kerja struktur asas bagi dua pintu masuk stesen itu telah pun siap, manakala peningkatan serupa di stesen Commonwealth dan Queenstown dijangka siap tepat pada jadualnya, iaitu pertengahan tahun depan.
LTA memulakan kerja naik taraf di tiga stesen itu pada 2012 memenuhi permintaan pembangunan baru dan memulihkan kesesakan di pintu masuk yang ada sekarang.
Di stesen Clementi, dua laluan pejalan kaki berbumbung, lif dan tangga bergerak akan menghubungkan kedua-dua belah jalan raya ke stesen itu akan dihubungkan terus ke platform kereta api.
LTA juga menyatakan bahawa kerja naik taraf dirancang untuk beberapa stesen MRT lain.
Kerja-kerja itu meliputi pemasangan lif di stesen Tanah Merah dan tempat turun penumpang dengan bumbung tinggi di stesen Pasir Ris dan Bishan.