Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Kerja selenggara penggali terowong punca sebahagian Farrer Road runtuh: BCA

Jan 27, 2023 | 05:30 AM



DALAM maklumat terkini lebih dua bulan selepas kerja-kerja terowong menyebabkan sebahagian daripada Farrer Road runtuh, Penguasa Bangunan dan Pembinaan (BCA) berkata sebuah jentera penggali terowong (TBM) sedang menjalani penyelenggaraan apabila tanah di hadapannya tidak stabil.



Jentera itu sedang menggali terowong bagi Fasa Kedua Sistem Pembetungan Terowong Dalam (DTSS) agensi air negara, PUB di sekitar kawasan kejadian itu berlaku.



Projek tersebut diusahakan oleh firma pembinaan Jepun, Nishimatsu.



TBM berfungsi dengan memotong bumi di hadapannya dan menghantarnya ke bahagian belakang mesin, dan kemudian diangkut ke permukaan.



Mesin itu juga boleh memasang konkrit berbentuk gelang pada setiap bahagian yang digali, yang boleh membentuk dinding terowong.



Menjawab pertanyaan oleh akhbar The Straits Times seminggu yang lalu, jurucakap BCA berkata:



"Penemuan awal kami mendedahkan bahawa mesin pengorek terowong sedang menjalani penyelenggaraan apabila permukaan tanah di hadapan terowong tidak stabil."



Ini seterusnya menyebabkan lubang benam (sinkhole) terbentuk di jalan susur dari Holland Road ke Farrer Road pada 15 November.



Tiada sesiapa yang cedera semasa ia berlaku, tetapi jalan itu ditutup kepada lalu lintas selama kira-kira seminggu.



Walaupun jalan susur telah dibuka semula, lorong paling kiri laluan bawah Farrer Road dan bahagian pendek Farrer Road dari jalan susur kekal ditutup.



BCA berkata ini adalah untuk memudahkan kerja-kerja 'grouting' atau menurap dan pengukuhan.



Dalam 'grouting', campuran bahan seperti pasir, air dan simen dipam ke dalam tanah atau struktur untuk menstabilkannya.



BCA menambah bahawa perintah berhenti kerja untuk DTSS Fasa 2 masih berkuat kuasa.



"Kerja-kerja terowong akan dibenarkan disambung semula selepas kerja-kerja pengukuhan selesai, dan langkah-langkah telah diambil untuk memastikan kestabilan baki kerja-kerja terowong."



Ia sedang menyiasat punca kejadian untuk melihat sama ada terdapat "apa-apa pelanggaran Akta dan Peraturan Kawalan Bangunan".



"BCA akan menimbangkan tindakan penguatkuasaan yang sewajarnya selepas siasatan selesai," tambah jurucakap itu.



Dalam maklum balasnya, PUB berkata ia menyasarkan untuk menyelesaikan kerja-kerja pembaikan dan membuka semula sepenuhnya bahagian yang ditutup menjelang Mac.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >