Sedang ramai pemimpin mapan mengeluh kurangnya ‘darah muda’ yang tampil melakukan kerja sukarela, Encik Saktiandi Supaat menyerlah sebagai anak muda berjiwa masyarakat. Karyawan dalam bidang kewangan itu telah aktif dengan kerja sukarela sejak lebih sedekad, bermula sebagai pemimpin pelajar semasa di universiti.
Soalan: Boleh kongsi pengalaman anda membuat kerja akar umbi?
Peranan saya dalam akar umbi termasuk menangani isu berkaitan perbandaran, hubungan kemasyarakatan, pertikaian jiran, isu mengenai pembaikan dan ubah elok yang menjadi keprihatinan penduduk di ruang bersama mereka di samping lawatan ke blok untuk meneroka isu yang dihadapi para penduduk.
Pengalaman itu penuh bermakna dan saya sekurang