Subuh
5:36
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Kerjasama dengan masyarakat penting bantu bekas pesalah bebas jenayah: Faishal

Mar 30, 2023 | 05:30 AM



USAHA menurunkan kadar kebentanan berterusan sedang pihak berkuasa ingin memperkasa golongan keluarga dan meluaskan kerjasama dengan masyarakat agar mereka dapat mainkan peranan lebih besar dalam membolehkan bekas pesalah menjadi bebas jenayah bagi tempoh yang lebih panjang.



Pemerintah sedang memikirkan bagaimana untuk meluaskan program serta usaha campur tangan peringkat awal untuk mendalami pendekatan bersama pihak berkepentingan dan individu agar seluruh masyarakat menjadi benteng daripada dadah dan jenayah.



Menteri Negara (Ehwal Dalam Negeri merangkap Pembangunan Negara), Profesor Madya Dr Muhammad Faishal Ibrahim berkata demikian kepada media di samping sesi pendekatan dan berbuka puasa bersama banduan wanita di Penjara Wanita Changi pada 28 Mac.



Beliau berkata sementara Singapura telah mencapai kadar kebentanan dua tahun yang kekal rendah sekitar 20 peratus (26.1 peratus bagi kohort 2020), kadar yang ingin diturunkan lagi adalah kadar kebentanan lima tahun yang kini berada pada 45.2 peratus bagi kohort 2017, menurut statistik dari Perkhidmatan Penjara Singapura (SPS) awal Februari 2023.



Dr Faishal berkata apa yang penting kini adalah bagaimana pihak berkuasa boleh terus perbaiki sokongan dan proses pemulihan supaya bekas pesalah bukan sahaja dapat tinggal bersama dengan keluarga mereka sesudah keluar dari penjara selama dua tahun tetapi bagaimana mereka dapat kekal berbuat demikian melebihi tempoh itu.



"Jadi kita sedang memikirkan bagaimana memperbaiki sokongan dan proses bagi para banduan dan keluarga mereka supaya mereka boleh tinggal dengan keluarga mereka lebih dari dua tahun itu," tambahnya.



Antara usaha yang difikirkan adalah memberi bekas banduan ruang untuk hidup dengan lebih baik dan peluang menceburi pelbagai bidang dan kemahiran supaya mereka dapat menjauhkan diri daripada jenayah.



Beliau juga berkata pihaknya turut sedang berusaha memperbaiki sokongan tahap awal atau 'upstream' serta luaskan pendekatan kerjasama dengan perbadanan sokongan tempatan dan individu supaya seluruh masyarakat "jadi benteng daripada kancah dadah dan jenayah."



Menurut SPS awal Februari, kadar kebentanan di Singapura kekal rendah dan stabil, meskipun perangkaan bagi kedua-dua kadar kebentanan dua dan lima tahun naik sedikit.



Kadar kebentanan dua tahun naik kepada 26.1 peratus bagi kohort 2020 berbanding 24.5 peratus bagi kohort 2019.



Kadar bagi lima tahun pula adalah 45.2 peratus bagi kohort 2017 berbanding 44.3 peratus bagi kumpulan 2016.



Dr Faishal, merujuk kepada maklum balas daripada banduan yang ditemuinya pada sesi iftar itu berkata beliau berbesar hati mendapat tahu sokongan daripada masyarakat kepada bekas banduan untuk balik ke pangkal jalan kini semakin kukuh.



"Lebih-lebih bagi mereka yang pernah masuk keluar penjara mereka dapat rasakan pada masa kini proses ini telah terus dipertingkat," tambahnya.



Beliau juga umumkan Program Insan Mukmin - satu usaha anjuran Persatuan Ulama dan Guru-Guru Agama Islam Singapura (Pergas) dengan kerjasama SPS dan Majlis Ugama Islam Singapura (Muis) - akan diluaskan lagi menjelang bulan syawal nanti.



Dr Faishal yang adakan sesi beriftar dengan banduan setiap tahun berkata selain daripada sokongan yang diberikan kepada banduan, beliau berharap bulan Ramadan ini menjadi satu tempoh di mana para banduan dapat merenung bagaimana mereka boleh menjadikan impian dan harapan mereka untuk perbaiki diri sebagai satu kenyataan.



"Dan ini penting, kerana kita boleh melakarkan pelbagai program bagi mereka, tetapi jika tiada harapan yang dapat dicantumkan dalam hati dan minda mereka, mungkin apa yang kita mahu lakukan tidak dapat dicapai," tegasnya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >