Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Kerjasama dua hala dengan China sedang maju dalam banyak perkara: PM Lee

Sep 05, 2016 | 04:11 PM



HANGZHOU: Hubungan luas antara Singapura dan China adalah dalam "bentuk berfungsi", dengan kerjasama dua hala berkembang dalam pelbagai perkara, termasuk satu projek baru yang diterajui pemerintah di Chongqing, kata Perdana Menteri Lee Hsien Loong pada Isnin (5 Sep).



Beliau menyenaraikan bagaimana Inisiatif Kesalinghubungan Chongqing (CCI), yang dilancarkan November lalu, telah mencapai kemajuan dalam empat sektor utama, iaitu kewangan, penerbangan, logistik, dan maklumat, komunikasi dan teknologi.



CCI projek ketiga yang diterajui pemerintah Singapura dan China selepas Taman Perindustrian Suzhou pada 1994 dan Bandar-eko pada 2008. Projek itu bertujuan menggalak kesalinghubungan dan perkhidmatan dalam China atau dengan negara lain.



Kini, dua pihak itu sedang meninjau menggunakan projek tersebut bagi China menguji dasar baru atau penekanan baru dalam strategi pembangunannya, kata Encik Lee kepada media Singapura, semasa merumus lawatan kerja empat hari beliau ke China.



Semasa lawatan itu, beliau menemui Presiden China, Encik Xi Jinping, dan ketua parti di Chongqing, Encik Sun Zhengcai.



"Dan jika kita dapat mengenal pasti bidang-bidang yang menjanjikan, kita boleh membawanya ke Majlis Bersama bagi Kerjasama Dua Hala apabila Timbalan Perdana Menteri Teo Chee Hean memeui Naib Perdana Menteri (China) Zhang Gaoli seterusnya," kata Encik Lee, yang turut menghadiri sidang puncak pemimpin Kumpulan 20 (G-20) di Hangzhou sebagai tetamu China.



Majlis Bersama bagi Kerjasama Dua Hala adalah mekanisme peringkat tertinggi yang menguruskan hubungan dan kerjasama Singapura-China. Ia bertemu sekali setahun.



Sebagai respons kepada soalan mengenai ketegangan yang ditanggap antara dua pihak itu berhubung peranan Singapura sebagai penyelaras bagi hubungan Asean-China sejak Ogos tahun lepas, Encik Lee berkata dua negara ini berbeza dan secara semula jadi akan mempunyai perspektif berbeza mengenai beberapa isu.



"Tetapi apabila kami mempunyai perspektif berbeza, saya fikir kami perlu menguruskannya, menerimanya, dan kami tidak harus membiarkan ia menjejaskan hubungan secara keseluruhan," kata beliau.



Encik Lee berkata Singapura dan China sedang bekerjasama dalam banyak bidang yang pada dasarnya berfaedah bagi kedua-dua pihak dan "sedih bagi kedua-dua negara" jika ia diperlahankan.



"Tetapi kita menerima bahawa ya, kadang-kadang akan ada isu dan perkara yang mungkin mengambil masa. Ini perkara biasa antara dua negara, terutamanya dua dengan hubungan yang sangat rapat," katanya.



Encik Lee berkata beliau memberitahu Encik Xi dalam mesyuarat mereka pada Jumaat (2 Sep) di Hangzhou bahawa Republik ini berharap untuk bertindak sebagai orang tengah jujur melalui peranan sebagai penyelaras bagi merapatkan lagi rakyat, dan pemimpin China itu berkata kedua-dua negara perlu menghormati pandangan satu sama lain dan berusaha ke arah pemahaman lebih besar apabila mereka tidak bersetuju.



Dalam Rapat Hari Kebangsaan dua minggu lalu, Encik Lee menggariskan prinsip dasar luar Singapura bertindak secara bebas dan demi kepentingan nasional negara ini.



Singapura dan negara-negara lain telah menekankan kepentingan kebebasan pelayaran di Laut China Selatan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >