Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Kerjasama HomeTeamNS, HUFC tingkat kecergasan anggota kerahan

Jun 22, 2015 | 12:23 PM



HOMETEAMNS dan Kelab Bola Sepak Home United (HUFC) telah menandatangani Memorandum Persefahaman (MOU) untuk menyediakan program meningkatkan tahap kecergasan, pembangunan anggota kerahan Perkhidmatan Negara (NSmen) dan perkongsian kemudahan.


Acara memeterai perjanjian di Kelab Riadah HomeTeamNS Bukit Batok itu telah dihadiri Menteri Kedua Ehwal Dalam Negeri merangkap Ehwal Luar, Encik Masagos Zulkifli Masagos Mohamad, yang juga Menteri di Pejabat Perdana Menteri serta Presiden HomeTeamNS.


Dengan kerjasama itu, anggota HomeTeamNS dapat memanfaatkan program kecergasan dan kesihatan bersesuaian untuk setiap individu, mempelajari lebih lanjut tentang cara pemakanan, menikmati manfaat daripada teknologi sains sukan dan mendapat bantuan jurulatih sukan.


Program Latih dan Lulus sepanjang 10 minggu itu dikendalikan oleh bekas jurulatih latihan jasmani (PTI) dari Pasukan Polis Singapura (SPF) dan Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF).


Ia direka bagi membantu HomeTeam NSmen lulus Ujian Kecekapan Jasmani Perseorangan (IPPT).




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >