KESATUAN Eropah (EU) mampu menangani ancaman militan IS dengan lebih berkesan melalui usaha kolektif negara anggotanya terutama terhadap individu yang meradikalkan diri secara sendirian.
Duta EU ke Singapura, Dr Michael Pulch, berkata pihaknya telah melakar beberapa inisiatif dalam membendung militan di Eropah dengan jalinan kerjasama di kalangan anggota EU.