Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Kerjasama masyarakat, niaga jaga kebersihan tandas awam dilancar

Apr 25, 2022 | 05:30 AM



MAJLIS Kebersihan Awam (PHC) melancarkan kumpulan masyarakat tandas kejiranan pertama di Singapura semalam di auditorium di Stephen Riady @NTUC.



Kumpulan itu juga antara lain akan bekerjasama dengan pemilik kedai kopi, gerai dan pengguna untuk menggalak sikap bertanggungjawab dalam mengekalkan kebersihan tandas di kedai kopi.



Pelancaran kumpulan masyarakat tandas kejiranan itu dijayakan dengan kerjasama Jawatankuasa Perundingan Rakyat (CCC) Yuhua, Majlis Bandaran Jurong-Clementi dan pertubuhan akar umbi.



Dalam kempen kebersihannya tahun ini, PHC menekankan mesej: 'Ia bukan satu pekerjaan, ia rumah kita.



Menghadiri pelancaran itu ialah Menteri Kemampanan dan Sekitaran, Cik Grace Fu.



"Kempen ini adalah satu inisiatif penting untuk menggalak warga Singapura lebih bertanggungjawab secara kolektif untuk menjaga kebersihan Singapura.



"Mesej PHC sejajar dengan usaha pemerintah dalam mengubah Singapura menjadi sebuah bandar hijau dan lebih mampan," kata Cik Grace Fu dalam ucapannya.



Dengan krisis kesihatan melanda Singapura sejak dua tahun lalu, Cik Fu berkata standard kebersihan awam dan ruang komersial telah diperbaiki.



Sementara itu, pengerusi CCC Yuhua, Encik Kenny Teo, berkata: "Kami teruja bekerjasama dengan Majlis Kebersihan Awam untuk pelancaran Kumpulan Masyarakat Tandas Kejiranan pertama Singapura.



"Inisiatif perintis ini adalah cara baik untuk menggalak tanggungjawab bersama antara orang ramai dan pemilik premis dalam menjaga kebersihan secara am dan kebersihan tandas awam pada standard tertinggi."



Semalam juga Hari Bersih Singapura suku ketiga. Ia adalah hari tiada tugas menyapu dilaksanakan di kawasan awam dari 6 pagi hingga tengah malam.



Pengerusi PHC, Encik Edward D'Silva, berkata beliau gembira kerana gerakan itu masih berterusan dan kian berkembang.



"Kami mengalu-alukan empat rakan kongsi baru, iaitu Mandai Wildlife Group, Sentokda dan Resorts World Sentosa yang juga menyertai gerakan itu dan tidak menyapu di kawasan umum terpilih.



"Kami harap pelancong di kawasan tarikan tersebut akan lebih berjaga-jaga dengan sampah mereka dan bersikap lebih bertanggungjawab," ujar beliau.



Demi menjaga kebersihan, Cik Fu juga menyentuh tentang penjagaan kebersihan di rumah agar dapat mengelak pembiakan nyamuk.



"Hampir 5,500 kes denggi dilaporkan setakat tahun ini, melebihi jumlah kes sepanjang tahun lepas. Ini adalah trend membimbangkan kerana kita hanya pada bulan April, dan kami menjangka lonjakan kes denggi dalam beberapa bulan akan datang.



"Denggi adalah ancaman kesihatan serius. Marilah kita sentiasa berwaspada terhadap denggi walaupun kita lihat situasi Covid-19 kini lebih baik," tambah Cik Fu.




"Denggi ancaman kesihatan serius. Marilah kita sentiasa berwaspada terhadap denggi walaupun kita lihat situasi Covid-19 kini lebih baik."



- Cik Grace Fu, Menteri Kemampanan dan Sekitaran.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >