Subuh
5:34
Syuruk
6:58
Zuhur
1:05
Asar
4:29
Maghrib
7:09
Isyak
8:24
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Kertas peperiksaan sains diubah suai dek trauma serangan seksual

Jul 18, 2022 | 06:07 PM



SEORANG budak perempuan yang telah diserang secara seksual oleh rakan keluarganya apabila dia berusia sembilan hingga 10 tahun menghadapi trauma yang teruk sehingga kertas peperiksaan pelajaran sainsnya terpaksa diubah suai untuk mengelak topik pembiakan manusia.


Mahkamah Tinggi telah diberitahu pada Isnin (18 Julai) bahawa budak perempuan itu, yang kini berusia 17 tahun, masih memaparkan gejala gangguan tekanan selepas trauma (PTSD) yang berhubungan dengan serangan seksual yang beliau lalui.


Penyerangnya, kini berusia 60 tahun, telah dijatuhi hukuman penjara 11 tahun setelah mengaku bersalah atas satu tuduhan serangan seksual dengan penembusan dan satu tuduhan mencabul kehormatan yang dilakukannya pada 2015.


Lima lagi tuduhan serupa diambil dalam pertimbangan dalam menjatuhkan hukuman.

Penyerang itu tidak boleh dinamakan untuk melindungi identiti mangsa.


Mahkamah diberitahu bahawa mangsa itu, yang ibu bapanya telah bercerai, tinggal bersama bapa dan nenek sebelah ibu.

Pada Januari 2015, neneknya bersetuju menjaga anak perempuan tertuduh, yang berpindah ke flat tiga bilik mereka.


Antara Januari 2015 dengan Mac 2016, tertuduh akan mengunjungi anak perempuannya di flat tersebut, biasanya pada hujung minggu.


Semasa lawatan mingguannya, dia akan mengajak mangsa berbual dengannnya di sofa yang terletak di ruang tamu dan mengambil peluang untuk menyerang mangsa itu secara seksual apabila mereka berseorangan.


Dalam kejadian terakhir, mangsa sedang melihat keluar dari tingkap dapur apabila lelaki itu berbisik ke telinganya dan mencabul kehormatannya.

Dia berjaya melarikan  diri, mengunci dirinya di dalam bilik dan mula menangis dan mengalami serangan panik.


Apabila mendengar bunyi ketukan, dia membuka pintu kerana menyangka ia neneknya, tetapi mendapati lelaki itu yang berada di depan pintunya.


Lelaki itu kemudian memeluk dan menciumnya tetapi dia berjaya melarikan diri ke tandas, di mana dia mencuci mulutnya dan menyumbat kertas tandas ke dalam mulut dan hanya membuka pintu apabila mendengar suara nenek.


Serangan itu diketahui pada 2018 apabila mangsa menangis semasa kelas pendidikan seks mengenai penderaan seksual dibincangkan ketika mangsa di menengah satu.

Mangsa akhirnya mendedahkan kepada guru dan kaunselor sekolahnya bahawa dia telah diserang secara seksual di darjah empat.

Pihak sekolah memaklumkan kepada bapanya, yang membuat laporan polis.


Mahkamah telah diberitahu bahawa mangsa telah menghadiri lebih a 31 sesi di Perkhidmatan Sokongan Psikososial Hospital Wanita dan Kanak-kanak KK.

Beliau disahkan menghidap PTSD, yang memberi kesan terhadap fungsi harian.

 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >