Kertas undi pilihan raya umum 2015 akan dimusnahkan 12 Mac

KERTAS undi dan dokumen lain yang digunakan dalam pilihan raya umum pada 11 September 2015 akan dimusnahkan pada Sabtu (12 Mac) ini, umum Jabatan Pilihan Raya dalam satu kenyataan pada Isnin.

Selaras dengan Akta Pilihan Raya Parlimen, ia telah disimpan dalam kotak terkedap dan disimpan di Mahkamah Agung untuk tempoh wajib enam bulan sejak pilihan raya itu berlangsung.

"Ini adalah bagi memastikan kerahsiaan undi," kata kenyataan itu.

Kotak terkedap itu akan dihantar ke Loji Pembakaran Tuas South untuk dimusnahkan melalui pembakaran pada Sabtu.

Calon pilihan raya yang ingin menyaksikan proses itu harus memaklumkan Jabatan Pilihan Raya melalui e-mel di candidates@eld.gov.sg selewat-lewatnya pada 12 tengah hari Jumaat ini.

Waktu Solat

Subuh
5:35
Syuruk
6:59
Zuhur
1:01
Asar
4:25
Maghrib
7:02
Isyak
8:17
3 HR PSI: 64
27°/ 24 °
Tuesday - Thundery showers mainly over northern and eastern Singapore in the afternoon.
Wednesday - Late morning and early afternoon thundery showers.
Thursday - Afternoon thundery showers.