Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Kes 2 pekerja maut dilanggar kereta api: SMRT Trains, 2 pegawai hadapi tuduhan

Dec 01, 2016 | 12:09 PM



SMRT Trains dan dua pekerjanya didakwa di mahkamah pada Khamis (1 Dis) bagi kemalangan landasan MRT awal tahun ini (2016) yang menyebabkan dua pekerja meninggal dunia selepas dilanggar kereta api.



Syarikat itu, yang dijangka mengaku bersalah, dituduh melanggar Akta Keselamatan dan Kesihatan Tempat Kerja kerana gagal memastikan pekerjanya mematuhi prosedur operasi yang diluluskan semasa mengakses landasan antara stesen MRT Tampines dan Pasir Ris.



Ia juga dikatakan tidak memastikan prosedur yang diamalkan oleh pekerjanya bagi mengakses landasan lulus audit keselamatan, didokumentasikan dan disebarkan.



Di mahkamah sama, pengarah operasi kawalan syarikat itu, Teo Wee Kiat, 40 tahun, dituduh atas kesalahan sama.



Pegawai bertanggungjawab bagi pasukan pekerja yang memeriksa landasan pada 22 Mac, Lim Say Heng, didakwa menyebabkan kematian Allahyarham Nasrulhudin Najumudin dan Allahyarham Muhammad Asyraf Ahmad Buhari melalui perbuatan cuai.



Lim, 47 tahun, didakwa gagal memastikan langkah-langkah keselamatan yang perlu disediakan agar kereta api tidak memasuki landasan sebelum mereka mengaksesnya, yang membawa kepada kereta api melanggar dua pekerja itu.



Mereka sebahagian daripada pasukan 15 kakitangan SMRT yang diketuai oleh Lim bagi menjalankan kerja pemeriksaan di landasan MRT.



Enam pekerja isyarat dan sembilan pekerja landasan itu berada di laluan penyenggaraan berhampiran stesen Pasir Ris untuk memeriksa kerosakan pada komponen.



Sedang mereka menghampiri peranti itu, pasukan isyarat yang diketuai oleh seorang penyelia melangkah ke atas landasan.



Penyelia itu nyaris dilanggar kereta api dari arah depan tetapi Allahyarham Nasrulhudin, 25 tahun, dan Allahyarham Muhammad Asyraf, 24 tahun, tidak sempat mengelak.



Kedua-duanya baru bekerja dua bulan.



SMRT Trains menghadapi denda hingga $500,000.



Jika sabit kesalahan, Lim berdepan hukuman penjara hingga dua tahun dan denda. Teo menghadapi denda hingga $200,000 dan/atau penjara hingga dua tahun.



Lim telah berhenti daripada SMRT Trains.



Dalam satu kenyataan pada Khamis (1 Disember), Jabatan Peguam Negara berkata siasatan masih diteruskan untuk menentukan apakah ada orang lain yang boleh dipertanggungjawabkan bagi kesilapan keselamatan di tempat kerja berkaitan tragedi itu.



Menjawab pertuduhan mengenai Lim, setiausaha eksekutif Kesatuan Pekerja Pengangkutan Kebangsaan, Encik Melvin Yong, berkata kesatuan itu akan menyokong Lim dan keluarganya dan memastikan dia diwakili.



Satu sidang sebelum perbicaraan ditetapkan pada 30 Dis.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >