Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Kes baru denggi meningkat dua minggu berturut-turut

Jun 28, 2016 | 10:52 AM



JUMLAH kes denggi yang dilaporkan minggu lalu bertambah kepada 215, dua minggu berturut-turut angka itu meningkat.



Ia 22 kes lebih banyak daripada pada minggu sebelum itu, menurut angka terkini di laman web denggi Agensi Sekitaran Kebangsaan (NEA).



Sebanyak 36 kes lagi dilaporkan dari Ahad (26 Jun) hingga 3 petang Isnin (27 Jun).



Secara keseluruhan, 8,946 kes penyakit bawaan nyamuk itu telah dilaporkan tahun ini (2016).



Sejauh ini, lima orang meninggal dunia akibat denggi tahun ini, berbanding empat pada keseluruhan tahun lalu, dengan NEA memberi amaran sebelum ini bahawa jumlah kes denggi boleh mencecah 30,000 tahun ini.



Dengan Singapura kini dalam tempoh denggi biasanya memuncak, agensi itu menggesa orang ramai supaya meneruskan usaha pencegahan mereka bagi mengawal pembiakan nyamuk Aedes, yang merebakkan denggi.



Sehingga Isnin, terdapat 36 kelompok denggi aktif, dengan tujuh diklasifikasikan sebagai berisiko tinggi. Satu kelompok merangkumi Geylang dan Guillemard Roads kekal berisiko tertinggi dengan 99 kes kesemuanya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >